KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika ini kembali mencetuskan perdebatan mengenai keperluan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal bagi membolehkan semua pilihan raya negeri dan Parlimen diadakan secara serentak.
Cadangan itu bukanlah sesuatu yang baharu, malah terdapat pandangan bahawa penyelarasan jadual pilihan raya mampu menjimatkan kos kerajaan, mengurangkan keletihan pengundi dan menamatkan kitaran politik yang berpanjangan.
Namun persoalannya, adakah masa sekarang benar-benar sesuai untuk negara memasuki satu lagi medan pilihan raya berskala besar ketika dunia sedang berdepan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik yang semakin meruncing?
Ketika rakyat memberi perhatian kepada perkembangan politik domestik, banyak pihak bimbang terhadap kesan berterusan konflik antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) yang berpotensi mengganggu rantaian bekalan global, khususnya bagi sektor pembuatan, logistik dan perdagangan.
Menjelang Jun dan Julai, banyak syarikat dijangka mula kehabisan stok bahan mentah yang diperoleh sebelum tercetusnya gangguan perdagangan antarabangsa. Keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kos operasi dan harga barangan di pasaran.
Dalam situasi sedemikian, kerajaan memerlukan tumpuan penuh bagi mengurus cabaran ekonomi, mengawal inflasi serta memastikan bekalan barangan keperluan tidak terjejas, sebarang ketidakstabilan politik boleh menjejaskan keyakinan pelabur dan pasaran.
Pada masa sama, tidak dapat dinafikan bahawa kestabilan politik juga merupakan faktor penting dalam menjamin pertumbuhan ekonomi. Kerajaan yang mempunyai mandat kukuh lazimnya lebih mudah melaksanakan dasar jangka panjang tanpa gangguan politik berlebihan.
Atas sebab itu, ada pihak melihat PRU lebih awal sebagai jalan terbaik untuk mendapatkan mandat baharu rakyat sekali gus mengelakkan negara terus berdepan siri pilihan raya yang berpanjangan sehingga 2027.
Selepas Johor, perhatian dijangka beralih kepada Melaka yang bakal menghadapi tamat tempoh hayat Dewan Undangan Negeri dalam masa terdekat. Situasi itu bermakna suhu politik negara akan terus meningkat walaupun PRU masih berbaki lebih setahun.
Hakikatnya, rakyat ketika ini lebih menumpukan kepada isu kos sara hidup, peluang pekerjaan dan kestabilan ekonomi berbanding percaturan politik. Keutamaan mereka ialah penyelesaian kepada masalah harian yang semakin mencabar.
Justeru, sebarang keputusan untuk mempercepatkan PRU perlu dibuat berdasarkan kepentingan nasional dan bukannya semata-mata bagi menyelaraskan jadual pilihan raya atau memenuhi strategi politik pihak tertentu.
Kerajaan perlu menimbang secara teliti sama ada manfaat daripada penyelarasan pilihan raya lebih besar berbanding risiko gangguan terhadap usaha pemulihan ekonomi dan pengurusan cabaran global yang sedang berlaku.
Akhirnya, persoalan utama bukanlah bila pilihan raya perlu diadakan, tetapi bagaimana negara dapat mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi secara serentak demi memastikan kepentingan rakyat terus menjadi keutamaan. – UTUSAN
Juani Munir Abu Bakar, Pengarang Berita Utusan Malaysia
PRU awal: Perlu atau sekadar percaturan politik?

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved