'Janggal bila masuk gelanggang' - Utusan Malaysia

‘Janggal bila masuk gelanggang’

KEJOHANAN badminton pertama diadakan di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini sejak aktiviti sukan terhenti akibat pandemik Covid-19. - BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas lebih tiga bulan tidak beraksi secara kompetitif, kebanyakan pemain mengakui janggal apabila kembali bersaing dalam Kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, semalam.

Dalam aksi Divisyen 2 itu, mereka dilihat masih tercari-cari rentak permainan dan ada pemain yang kelihatan keliru ketika di dalam gelanggang.

Pemain pelapis negara, Lim Chong King mengakui, dia berasa pelik menyertai kejohanan itu kerana beraksi tanpa kehadiran penyokong selain sudah lama tidak beraksi secara kompetitif.

Bagaimanapun, dia percaya mampu menjadi dua pemain terbaik bagi ke saingan Divisyen 1, minggu hadapan.

“Memang saya ada hilang fokus dalam gelanggang dan saya juga belum sampai tahap terbaik seperti sebelum ini, boleh kata sekarang ini hanya 80 peratus sahaja.

“Masih ada rasa kurang selesa sebab ini adalah kejohanan pertama tahun ini dan saya rasa dalam satu dua perlawanan lagi saya akan OK,” katanya.

Bagi saingan Divisyen 2, enam pemain perseorangan lelaki bersaing bagi mendapatkan dua tempat terbaik untuk ke saingan Divisyen 1 bermula 11-16 Ogos ini melibatkan 52 pemain dalam lima acara.

Sementara itu, bekas juara remaja Asia, Leong Jun Hao mengakui dia lambat untuk menyesuaikan diri dan mula selesa pada pertengahan set kedua.

“Saya lambat panas dan ini adalah kejohanan pertama selepas sekian lama. Memang ada rasa pelik sikit bila masuk dalam gelanggang.

“Memang saya akui agak penat sedikit sebab saya perlu bermain di Divisyen 2 dahulu sebelum boleh ke Divisyen 1,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya