Hafizh raih tujuh mata di Brno - Utusan Malaysia

Hafizh raih tujuh mata di Brno

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin berjaya mengutip tujuh mata dalam perlumbaan saingan Grand Prix (GP) Republik Czech selepas meraih kedudukan kesembilan di Litar Brno, sebentar tadi.

Hafizh yang beraksi buat pasukan Inde Aspar Team Moto2 memulakan saingan di Litar Brno dari petak keempat dengan melengkapkan 19 pusingan dalam perlumbaan itu.

Pelumba Italtrans Racing Team, Enea Bastianini memenangi perlumbaan tersebut, manakala Sam Lowes (EG 0,0 Marc VDS) tempat kedua dan Joe Roberts (Tennor American Racing) melengkapkan kedudukan podium.

Tiga aksi sebelum ini menyaksikan bekas pelumba MotoGP itu meraih tempat ke-19 di GP Qatar, keenam (GP Sepanyol) dan gagal menamatkan perlumbaan di GP Andalusia sekali gus menyaksikan Hafizh kini berada di kedudukan ke-14 dunia dengan mengumpul 17 mata.

Seorang lagi pelumba negara dalam kelas pertengahan, Kasma Daniel Kasmayudin gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh pada pusingan pertama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.