Covid-19 mula menyerang MotoGP - Utusan Malaysia

Covid-19 mula menyerang MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRNO: MotoGP merekodkan kes pertama virus Covid-19 yang dikesan di kawasan paddock di Grand Prix Republik Czech di Brno, umum penganjur hari ini.

Kes positif itu membabitkan kakitangan Dorna Sports yang merupakan promoter bagi penganjuran perlumbaan berprestij itu.

“Selepas lebih 5,500 ujian dijalankan kepada semua individu di paddock sebelum kehadiran mereka ke GP Sepanyol, Andalusia dan Czech, seorang individu di paddock didapati positif Covid-19.

“Keputusan itu diperolehi ketika ujian dijalankan menjelang GP Austria 16 Ogos depan.

“Individu berkenaan adalah anggota pasukan Dorna Sports dan tidak mempunyai sebarang simptom,” kata penganjur dalam satu kenyataan.

Individu yang positif Covid-19 itu, ketika ini menjalani proses kuarantin di sebuah hotel dan mereka yang mempunyai kontak rapat dengan individu berkenaan telah dijalankan pemeriksaan sekali lagi.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, keputusan diambil untuk menguji sekali lagi mereka yang mempunyai kontak rapat dengan individu berkenaan dan hasilnya semua keputusan adalah negatif,” katanya. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya