Barcelona malu besar - Utusan Malaysia

Barcelona malu besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Barcelona bukan saja tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara, malah dimalukan dengan kekalahan besar 8-2 oleh Bayern Munich dalam aksi suku akhir sebentar tadi.

Pertarungan heavyweight Eropah itu sepatutnya berlangsung sengit, namun apa yang berlaku di Stadium Da Luz, Bayern menguasai permainan sepenuhnya.

Juara Jerman itu memberi tekanan berterusan, mempamer aksi bertenaga dan langsung tiada belas kasihan.

Turut mencuri tumpuan, Philippe Coutinho yang dipinjamkan Barcelona kepada Bayern meledak dua gol ke gawang pasukannya sendiri.

Bayern yang kini menjadi pilihan untuk memburu kejuaraan keenam, mendahului 4-1 pada babak pertama menerusi dua gol Thomas Mueller, selain jaringan Ivan Perisic serta Serge Gnabry.

Memasuki separuh masa kedua, Bayern semakin ganas apabila menambah empat lagi gol menerusi Coutinho (minit 85, 89), Joshua Kimmich dan Robert Lewandowski.

Dua jaringan Barcelona diperoleh menerusi gol sendiri David Alaba dan Luis Suarez.

Bayern kini akan menentang pemenang di antara Manchester City atau Lyon untuk memburu slot final. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya