Akademi Bola Sepak JDT catat sejarah - Utusan Malaysia

Akademi Bola Sepak JDT catat sejarah

PASUKAN bawah 12 Akademi JDT bersama barisan kejurulatihan dalam majlis Penyampaian Sijil dan Plak Ahli Emas Piagam SupaRimau FAM di Johor hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Akademi Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi akademi bola sepak pertama di negara ini yang menerima anugerah Ahli Emas Piagam SupaRimau Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Setiausaha Agong FAM, Stuart Ramalingam berkata, pemilihan itu dibuat kerana pengurusan akademi berkenaan yang bertaraf antarabangsa.

Malah katanya selain itu, Akademi JDT menepati lima kriteria khas iaitu aspek kepimpinan, perancangan, kemudahan, pertandingan akar umbi dan pendidikan.

“Dengan anugerah serta pengiktirafan ahli emas itu, Akademi JDT bakal menikmati pelbagai kelebihan.

“Antaranya akreditasi daripada FAM selain boleh menyertai Liga Akar Umbi FAM, layak menerima pampasan latihan bagi pemain yang berjaya menjadi professional serta layak menikmati keistimewaan keahlian,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Kelab JDT di sini hari ini

Kata Ramalingam, langkah pengiktirafan tersebut antara lain adalah bertujuan untuk memperkasakan program bola sepak di peringkat akar umbi di setiap negeri.

“Kepimpinan FAM sentiasa memberi penekanan terhadap pembangunan bola sepak akar umbi yang difikirkan sebagai langkah terbaik bagi melahirkan pemain muda berkualiti serta membentuk mereka dengan kemahiran untuk beraksi di peringkat lebih tinggi,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ramalingam menambah, Piagam SupaRimau FAM diwujudkan sebagai inisiatif dan komitmen untuk meningkatkan taraf akademi bola sepak negara.

Menurutnya, idea itu bagi meletakkan mereka di landasan yang tepat di dalam peringkat bola sepak akar umbi.

“Piagam ini juga merupakan piawaian penanda akademi bola sepak layak untuk menyertai Liga Akar Umbi FAM yang menyediakan persaingan menyeluruh dan mencorakkan perjalanan karier pemain,” katanya.

Menurut Ramalingam, sehingga kini, sebanyak 250 akademi bola sepak sudah menjadi Ahli Piagam SupaRimau dan penyertaannya adalah terbuka kepada mana-mana akademi bola sepak swasta yang berminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya