Quartararo terus lonjak Petronas - Utusan Malaysia

Quartararo terus lonjak Petronas

PELUMBA Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo menakluk perlumbaan MotoGP Grand Prix Andalucia di Litar Jerez hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Fabio Quartararo terus mengukuhkan kedudukan sebagai pencabar utama kejuaraan MotoGP dunia apabila merangkul kejuaraan kelas utama buat kali kedua berturut-turut dalam Grand Prix Andalusia di Jerez, sebentar tadi.

Bermula dari petak pertama, Quartararo melonjakkan nama pasukan Petronas Yamaha SRT sekali lagi selepas mencatat kepantasan 41 minit 22.666 saat (s).

Pelumba Perancis berusia 21 tahun itu jelas dahagakan kejuaraan apabila menerajui perlumbaan dari awal hingga akhir.

FABIO Quartararo meraikan kemenangannya di Litar Jerez hari ini. – AFP

Dia mengetepikan pelumba berpengalaman Sepanyol, Maverick Vinales dari pasukan Monster Energy Yamaha yang ketinggalan 4.495s di belakang.

Rakan sepasukan Vinales yang juga juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi dari Itali melengkapkan podium ketiga selepas ditinggalkan 5.546s.

Dalam pada itu, penyandang juara dunia, Marc Marquez tidak menyertai pelumbaan akibat kecederaan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya