Kontemporari mewah untuk penggemar minimalis

Kontemporari mewah untuk penggemar minimalis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Konsep kontemporari mewah tidak semestinya memerlukan perabot dan aksesori sarat.

Sebaliknya, pemilihan material, rekaan dan rona perabot yang bersesuaian dapat membangkitkan suasana tersebut namun masih dalam lingkungan minimalis.

Antara yang boleh dipertimbangkan, koleksi kontemporari mewah yang menginspirasikan elemen quiet luxury daripada pengeluar dan peruncit kabinet dapur, Signature.

Koleksi itu melambangkan keanggunan dan keunikan, sesuai untuk individu yang menghargai gaya hidup mewah dalam era moden.

Antara kelengkapan rumah dalam koleksi itu adalah set dapur yang menggunakan teknologi pintar, ruang tamu termasuk sofa dan panel dinding di samping set almari pakaian kaca yang elegan.

Ia direka dengan teliti untuk menonjolkan keanggunan dan meningkatkan suasana di seluruh ruang kediaman.

Dalam menghasilkan koleksi kontemporari mewah yang menawan, daya inspirasi daripada beberapa elemen menjurus kepada setiap langkah proses reka bentuk dan pembangunan produk.

Ketua Pegawai Eksekutif Signature Distribution Sdn. Bhd., Jackson Law, berkata, setiap rekaan dihasilkan dengan penuh kehalusan dan teliti.

“Ini adalah usaha untuk memperkukuhkan identiti Malaysia sebagai ciri unik dan memikat pasaran global. Kami berazam untuk mengambil langkah pertama untuk berkembang ke pasaran Asia Tenggara.

“Dengan fokus pada pelanggan T20 yang memiliki selera tinggi, koleksi kami menyediakan solusi yang sempurna untuk keperluan rumah yang tersusun cantik serta memiliki nilai estetika,” ujarnya baru-baru ini.

Koleksi itu mengetengahkan rekaan terkini yang diinspirasikan daripada pasaran antarabangsa, namun masih mengekalkan sentuhan lokal.

Menggabungkan keunikan minimalis, koleksi ini adalah pilihan sempurna bagi mereka yang mengimpikan keindahan dalam kesederhanaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN