JOHOR BAHRU: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Amira Aisya Abdul Aziz selesai mengundi di pusat mengundi di Dewan Kampung Melayu di sini hari ini.
Amira Aisya tiba di pusat pengundian ini pada pukul 8 pagi.
Beliau ditemani adik bongsunya, Amira Alya, 19, yang pertama kali mengundi, di lokasi sama.
“Alhamdulilah saya telah selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
“Saya bangun pagi ini terus memikirkan tentang calon-calon Muda dan blok progresif yang bertanding.
“Sebab itu saya datang undi awal dan selepas itu mahu beri sokongan kepada calon (Muda dan blok progresif) yang bertanding,” katanya ketika ditemui hari ini.
Amira Aisya berpuas hati dengan proses pengundian dan berharap ia berjalan lancar sehingga tamat masa mengundi pada pukul 6 petang ini.
Dalam PRN kali ini Muda bertanding empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bukit Batu, Maharani, Simpang Jeram dan Puteri Wangsa. – UTUSAN









