Perancis ibarat final sebenar buat Sepanyol

Perancis ibarat final sebenar buat Sepanyol

LUIS DE LA FUENTE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pengendali Sepanyol, Luis de la Fuente menyifatkan pertemuan menentang Perancis pada separuh akhir Piala Dunia 2026 ibarat ‘final sebelum final’ memandangkan kedua-dua pasukan memiliki kualiti untuk muncul juara.

Sepanyol mengesahkan tempat ke kelompok empat terbaik selepas menewaskan Belgium 2-1 dalam aksi suku akhir hasil jaringan kemenangan Mikel Merino pada minit ke-88 di Stadium SoFi, semalam.

De la Fuente berkata, tumpuan pasukannya kini beralih sepenuhnya kepada Perancis yang dianggap antara calon utama untuk menjulang trofi, selain diperkuatkan penyerang berbisa, Kylian Mbappe.

“Saya tidak keterlaluan jika mengatakan perlawanan ini ibarat final sebelum final. Kami adalah antara pasukan yang mampu melangkah ke pentas akhir dan mulai saat ini, fokus kami hanyalah kepada Perancis,” katanya selepas tamat perlawanan.

Beliau berkata, Sepanyol sedar akan kekuatan dimiliki Perancis, namun percaya anak buahnya mempunyai kemampuan untuk menewaskan mana-mana pasukan.

“Kami menghormati keupayaan mereka, tetapi kami juga tahu kami satu-satunya pasukan yang pernah menewaskan mereka dalam dua aksi separuh akhir,” katanya.

Sepanyol sebelum ini menyingkirkan Perancis pada separuh akhir Euro 2024 sebelum muncul juara Eropah, selain turut menewaskan lawan sama pada separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA 2025.

Menurut De la Fuente, pertembungan kali ini dijangka berlangsung lebih terbuka dengan kedua-dua pasukan mengamalkan corak permainan yang berbeza.

“Perancis berada pada prestasi terbaik ketika ini, jadi kami perlu meningkatkan tahap permainan. Kami menghormati mereka, namun kami yakin mampu menewaskan mana-mana pasukan,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN