Onn Hafiz mengundi di SK Simpang Renggam

Onn Hafiz mengundi di SK Simpang Renggam

Menteri Besar Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sewaktu hadir mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Renggam, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIMPANG RENGGAM: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini berjalan lancar dalam suasana aman dan tertib.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatiannya, suasana pengundian pada awal pagi berlangsung baik dengan kehadiran pengundi yang menggalakkan.

“Alhamdulillah, saya tengok suasana Bangsa Johor mengundi pada hari ini berada dalam keadaan yang baik.

“Cuaca pun nampak baik, jadi saya ingin mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh Bangsa Johor. Kita tunggu petang nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Renggam, di sini, hari ini.

Terdahulu, Onn Hafiz hadir ke pusat mengundi berkenaan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi seawal pukul 8 pagi.

Onn Hafiz yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap berdepan calon Pakatan Harapan (PH), Nur Hafiz Roslan.

Pada PRN Johor 2022, beliau mempertahankan kerusi DUN Machap dengan memperoleh majoriti 6,543 undi dalam saingan empat penjuru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN