Sunyi ditinggalkan sahabat baik

Sunyi ditinggalkan sahabat baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan:

Saya bekerjaya, tapi tiada kawan baik. Pernah ada, tapi ditinggalkan tanpa alasan kukuh. Masa dia ada, hidup saya sangat bahagia, tapi bila dia pergi, hidup terasa gelap. Puas saya merayu, meminta maaf jika ada kesilapan dari saya namun diabaikan.

Yang kecewa

Jawapan:

Ada orang memerlukan kehadiran individu lain dalam hidup, dan ada juga yang memilih untuk bersendirian. Bagi mereka yang menghargai persahabatan, hubungan itu menjadi sumber semangat dan kekuatan. Apabila ia hilang, hidup boleh terasa kosong dan gelap, lebih-lebih lagi jika tiada rakan rapat lain untuk bersandar. Memahami situasi ini, berikut adalah panduan untuk bangkit daripada kekecewaan:

Akui perasaan kehilangan

Rasa sedih dan kecewa ditinggalkan seseorang yang rapat adalah normal. Jangan menafikan atau memaksa diri untuk segera “okey”. Sebaliknya, belajar untuk mengakui emosi dengan jujur supaya dapat membantu anda memproses luka dengan lebih sihat.

Berhentikan mencari jawapan

Tidak semua hubungan akan berakhir dengan penjelasan atau closure. Terlalu mencari sebab hanya akan memanjangkan kesedihan. Belajar menerima bahawa ada perkara yang tidak dapat dijelaskan adalah sebahagian daripada proses pemulihan emosi.

Elakkan menyalahkan diri

Apabila kehilangan berlaku, kita mudah menyalahkan diri dan memikirkan apa yang “salah” pada diri. Namun, hubungan manusia dipengaruhi banyak faktor seperti emosi, perubahan hidup dan persepsi orang lain. Tidak semua perpisahan kerana kita tidak cukup baik atau bersalah.

Cari makna hidup

Kehilangan hubungan penting boleh membuatkan hidup terasa kosong. Perlahan-lahan isi semula ruang itu dengan aktiviti bermanfaat seperti belajar kemahiran baru, menyertai aktiviti komuniti atau melakukan hobi yang menenangkan. Ia dapat membantu anda untuk mencari tujuan hidup lebih bermakna.

Buka ruang

Tidak perlu tergesa-gesa untuk mencari pengganti “kawan baik”, tetapi elakkan daripada menutup diri sepenuhnya. Mulakan dengan hubungan kecil seperti berbual dengan rakan kerja atau menyertai komuniti yang selamat. Hubungan yang sihat terbina secara perlahan melalui masa dan kepercayaan.

Fokus sayang diri

Kehilangan boleh membuatkan kita terlalu bergantung kepada orang lain untuk rasa bahagia. Dalam fasa ini, penting untuk kembali fokus kepada diri sendiri dengan menjaga emosi, kesihatan fizikal dan membina kekuatan dalaman.

Kesimpulan: Kehilangan sahabat memang menyakitkan, tetapi ia bukan pengakhiran hidup. Yang penting, belajar hargai diri untuk tetap rasa berharga dan disayangi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN