Parisian Chic jadikan kediaman tampak elegan, mewah

Parisian Chic jadikan kediaman tampak elegan, mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Memiliki kediaman yang selesa dan indah sememangnya menjadi impian ramai namun bagi sesetengah individu rumah juga merupakan ruang untuk menampilkan identiti serta citarasa tersendiri.

Melalui sentuhan dekorasi yang unik dan penuh karakter, setiap sudut rumah mampu memberikan suasana yang lebih hidup selain mencerminkan personaliti

Bagi Trisya Aman atau lebih mesra disapa Trisya, dia berkata, berikutan tertarik dengan suasana rumah yang tampak mewah, selesa dan mempunyai karakter yang tersendiri dia memilih konsep Parisian Chic sebagai identiti utama kediamannya.

trisya bersama suami dan anaknya di kediaman mereka.

Katanya, konsep tersebut bukan sahaja memberi elemen mewah secara visual tetapi ia turut mencipta suasana yang tenang dan selesa untuk didiami setiap hari.

Berbeza dengan gaya moden minimalis yang sering menjadi pilihan ramai, Trisya lebih gemar ruang yang mempunyai sentuhan “personality” selain elemen unik yang tidak terlalu biasa dilihat.

“Saya suka bila sesebuah rumah mempunyai identiti dan karakter tersendiri. Saya memang gemar memilih perabot, bingkai gambar yang ada keunikkan yang tersendiri serta tidak terlalu biasa.

“Jadi apabila orang masuk atau melihat rumah saya, mereka boleh terus rasa suasana yang lain daripada lain,” ujarnya.

Katanya, minat yang mendalam terhadap seni mendekorasi rumah sebenarnya telah diwarisi daripada arwah ibunya yang turut mempunyai minat yang sama.

“Sejak kecil saya memang suka tengok rumah yang mempunyai dekorasi dalaman yang cantik-cantik. Minat tu pun lebih kurang sama macam arwah mama saya.

“Jadi apabila sudah ada rumah sendiri, saya rasa seronok kerana akhirnya dapat realisasikan idea dan gaya yang saya suka,” katanya.

Elemen Kecil Jadi Pelengkap Seri

Proses menghias rumahnya mengambil masa yang agak lama malah sehingga kini dia masih lagi mendekorasi rumahnya malah suaminya juga turut sama membantunya juga.

“Saya mula mendekorasi rumah sejak 2022 serta proses tersebut dilakukan sedikit demi sedikit mengikut kesesuaian ruang serta idea semasa,” ujarnya.

bahagian ruang tamu kediaman Trisya.

Walaupun mengambil masa agak lama, dia mengakui proses tersebut sebenarnya memberi kepuasan tersendiri kerana setiap sudut rumah dibina bersama dengan penuh usaha dan minat.

“Walaupun menghias rumah ini memang makan masa yang lama sebab kami buat perlahan-lahan namun saya rasa lebih puas bila tengok hasil itu datang daripada idea dan usaha sendiri.” katanya.

Ujarnya, kehadiran suami yang gemar melakukan kerja do it yourself (Diy) seperti pemasangan bingkai gambar banyak membantu menjimatkan kos dekorasi kediaman mereka.

Beberapa sudut rumahnya juga turut diubah suai bagi memenuhi keperluan untuk melengkapkan dekorasi dalaman yang kena dengan konsep Parisian Chic.

Dalam pada itu, Trisya turut menjadikan aplikasi Pinterest, filem serta pencipta kandungan luar negara sebagai sumber inspirasi utama dalam menghias rumah.

“Melalui platform tersebut, saya mendapat pelbagai idea tentang susunan perabot, pencahayaan, kombinasi warna serta penggunaan bingkai gambar beserta aksesori kecil bagi menaikkan seri setiap ruang,” katanya.

Menurutnya, elemen kecil turut memainkan peranan dalam menjadikan sesebuah rumah kelihatan lebih hidup dan mempunyai aura yang tersendiri.

“Saya lebih memilih untuk menjadikan perhiasan yang kecil kerana ia membuatkan rumah nampak lebih unik. Kadang-kadang cahaya atau bingkai kecil juga boleh ubah keseluruhan suasana ruang,” katanya.

Barangan Terpakai Pelengkap Aura Eksklusif

Kebanyakkan dekorasi dalam rumahnya merupakan gabungan barang terpakai dan juga item yang baharu.

Bagi Trisya, barang terpakai mempunyai nilai sentimental selain ia sukar ditemui pada dekorasi moden hari ini oleh sebab itu dia sanggup mencari dan mengumpul barang dekorasi dari luar negara kerana ia lebih eksklusif dan jarang ditemui di Malaysia.

Tidak dinafikan, baginya proses mencari barang dekorasi sebenarnya antara perkara yang paling menyeronokkan sepanjang dia menghias rumah berikutan setiap barang yang dibelinya bukan sahaja dipilih berdasarkan kecantikkan malah mengikut kesesuaian konsep rumah.

Walaupun tampil elegan dan mewah, dia tetap memastikan rumahnya kekal praktikal untuk kegunaan harian kerana baginya rumah yang cantik tidak semestinya perlu terlalu sarat atau sukar dijaga sebaliknya perlu selesa untuk penghuni menjalani rutin harian.

Dapur dan Ruang Tamu Menjadi Pilihan Hati

Trisya mengakui semua sudut rumah mempunyai nilai tersendiri di hatinya apabila menyentuh mengenai ruang kegemarannya namun jika perlu memilih satu ruang utama, dia lebih memberi perhatian terhadap ruang tamu dan dapur kerana kedua-duanya menjadi pusat aktiviti dalam rumahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN