Hubungan suami isteri tidak selalunya indah sehingga ke penghujung. Kadangkala cinta diuji apabila insan tersayang berpaling selepas hadirnya orang ketiga. Dari situ munculnya ujian sebenar, apakah seseorang itu memilih untuk terus berdendam, reda atau memaafkan. Minggu ini saya kongsikan kisah seorang wanita, Salbiah (bukan nama sebenar) yang pernah disakiti oleh insan bergelar suami, tetapi memilih untuk meneruskan hidup dan memaafkan. Bukan tidak boleh menolak, tetapi kerana percaya setiap ujian yang…










