Dari luar, kediaman teres dua tingkat milik Mohd. Shahril Abd. Latif, 40, dan isterinya, Azyan Hazwani Ab. Rahaman, 38, kelihatan sederhana. Namun, sebaik menjengah ke ruang dalam, suasana nyaman yang dipadu dengan gaya moden segera menyapa pandangan. Pasangan ini memilih untuk menerapkan konsep Scandinavian Moden sebagai teras dekorasi rumah mereka. Bagi Azyan Hazwani, gaya Scandinavian yang ringkas dan minimalis mampu menghadirkan rasa selesa, manakala suntikan gaya industri rustik memberi sentuhan…










