Apabila wanita melangkah ke alam rumah tangga, statusnya turut berubah. Bukan hanya sebagai seorang anak, tetapi menjadi isteri dan menantu. Membahagi kasih antara ibu kandung yang melahirkan dan ibu mertua bukan mudah. Daripada seorang wanita yang sebelum ini hanya tahu menyayangi ibu kandung, kini perlu belajar menerima dan menyayangi seorang lagi ibu bergelar ibu mentua. Namun ada ketika, dalam usaha menjadi menantu yang baik, kadang kala timbul dilema kepada wanita…