Sambal tempoyak bilis petai mengancam

Sambal tempoyak bilis petai mengancam

SAMBAL tempoyak bilis petai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUDAH masuk musim durian ini tidak lengkap rasanya jika tidak buat masakan berasaskan tempoyak.

Sudah pasti, sambal tempoyak adalah masakan paling ditunggu-tunggu untuk dimakan bersama nasi panas.

Tambahan pula, sambal tempoyak yang ditambah dengan ‘penyedap’ iaitu ikan bilis dan petai. Sudah tentu tidak cukup
sepinggan nasi.

Resipi sambal tempoyak ikan bilis petai kali ini dikongsikan oleh Siti Zakiah Dulkadir.

Istimewanya, resipi ini adalah cara Pahang kerana hanya menggunakan bawang merah atau Holland, cili dan kunyit.

Bahan-bahannya mudah sahaja, namun tambahan daun kesing yang merupakan resipi asli orang Ulu Tembeling, Pahang menjadikan aroma sambal tempoyaknya semakin mengancam. Jom cuba.

BAHAN-BAHAN

Bahan kisar kasar:
Segenggam ikan bilis
Cili api 7 biji atau segenggam (terpulang pada kepedasan individu)
Kunyit hidup jika ada
Sebiji bawang Holland
Sesenduk tempoyak manis
Sesenduk tempoyak masam
Garam dan perasa jika perlu
Segenggam ikan bilis goreng
garing
Petai satu pek. (Belah tengah buang ulat)
Sehelai daun kesing/ cemomok/pijat jika ada.

CARA MASAK:
Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan. Guna minyak sama, tumis bawang Holland hiris dan bahan kisar sehingga layu.

Masukkan tempoyak masam dan tempoyak manis (kena stabilkan rasa ada masam manis).

Masukkan air, lebihkan air sehingga berkuah (anggaran 700 mililiter).

Masukan daun kesing/ cemomok. Perasakan dengan garam dan perasa.

Masak lama sehingga pekat dan naik minyak.

Masukan petai, masak sebentar (masak dulu petai elak sakit perut)

Tutup api dan biarkan sambal sejuk.

Sambal sudah sejuk baharu masuk ikan bilis rangup untuk kekalkan kerangupannya.

TIPS BUAT TEMPOYAK MANIS

Isi durian (yang elok bukan yang masam dan sudah lama) digaul sikit dengan garam bagi naik rasa lemak dan jangan terlalu masin.

Terus simpan dalam peti dan jangan peram di luar.

Cara ini memastikan ia elok tahan bertahun manis dan tidak masam.

SITI ZAKIAH DULKADIR
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×