KALAU pergi Johor tidak lengkap rasanya jika tidak singgah makan menu popular negeri itu, Kacang Pool.
Selain enak dinikmati sebagai sarapan, ia juga sesuai dijadikan menu minum petang atau makan malam.
Rasa roti yang rangup dicelup dalam kuah kacang pool pekat dengan rasa lengkap masin dan manis sudah tentu membangkitkan selera.
Resipi Kacang Pool yang di kongsikan oleh Haslinda Hashim ini mudah disediakan dengan bahanbahan ringkas. Selamat mencuba.
BAHAN-BAHAN
1 tin kacang parang
1 tin kacang panggang
Daging cincang (kuantiti ikut
kesukaan)
BAHAN TUMIS
Minyak sapi
1 bij bawang Holland
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar rempah
beriani
2 sudu besar rempah daging
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Kesemua rempah bancuh
dengan air
CARA MEMASAK
Panaskan minyak sapi. Tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia.
Masukkan bancuhan rempah.
Tumis sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daging kisar.
Kemudian masukkan pula kacang parang dan sedikit air.
Masukkan kacang panggang. Perasakan mengikut kesukaan.
Hidangkan bersama telur mata dan roti bakar.










