Ayam katsu buttermilk pikat selera

Ayam katsu buttermilk pikat selera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAIN sushi dan udon, antara menu popular masyarakat Jepun ialah katsu. Katsu bermaksud kutlet yang digoreng rangup.

Menu ini boleh dihasilkan sama ada dengan menggunakan ayam, daging mahupun makanan laut.

Jika sebelum ini, anda sering menikmati gandingan ayam katsu dengan kari, tetapi kali ini, Seri bawakan resipi istimewa yang diolah dengan citarasa tempatan dan barat.

Ayam katsu bertambah enak apabila dihidangkan dengan kuah buttermilk dan dimakan bersama nasi panas.

Rasa pedas daripada kepingan cili menamba lagi selera hingga tidak sedar nasi bertambah.

Bahan-bahan
-100 gram kepingan ayam (bahagian dada).
-50 gram tepung goreng serbaguna.
-85 gram susu.
-30 gram krim masakan.
-1 sudu mentega.
-10 gram cili padi merah (dipotong).
-2 gram bawang putih (dicincang).
-7 helai daun kari.
-2 gram kepingan cili.
-Kiub pati ayam secukupnya.
-Gula secukupnya.
-150 gram nasi.

Cara penyediaan
1. Dada ayam disalutkan dalam adunan tepung goreng serbaguna dan goreng pada suhu 160 darjah selsius. Masak sehingga bahagian luar rangup.
2. Untuk kuah buttermilk, masukkan sesudu mentega dan tumiskan bawang putih dan cili padi merah.
3. Setelah naik bau masukkan susu dan krim masakan. Perasakan dengan gula dan kiub pati ayam secukupnya.
4. Potong ayam katsu kepada tiga bahagian dan letak di atas nasi.
5. Tuangkan kuah di sekeliling nasi dan di atas ayam.
6. Goreng seketika daun kari dan hiaskan di atas ayam di samping taburkan kepingan cili mengikut tahap kepedasan diingini.
7. Sedia untuk dihidangkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya