Urutan terapi mahkota kembalikan ‘selera’ wanita - Utusan Malaysia

Urutan terapi mahkota kembalikan ‘selera’ wanita

Urutan meningkatkan sensitiviti sensual antara isteri dan suami.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMAI wanita selepas bersalin kurang keinginan untuk bersama suami. Malah ada juga yang disebabkan masalah dalaman membuatkan aktiviti seksual melayani suami menjadi hambar.

Pelbagai faktor mempengaruhi hal ini antaranya masalah penurunan libido atau keinginan seksual, menyusu bayi, penat bekerja, bentuk badan yang tidak lagi seperti dahulu dan sebagainya.

Kaedah urutan khusus seperti Urutan Mahkota Kewanitaan atau urutan batin wanita dapat membantu meningkatkan hormon wanita kembali intim bersama suami.

Menurut Pengasas The Ruumah Spa, Nor Shahida Abd. Razak, 33, urutan batin wanita ini digalakkan kepada wanita selepas bersalin kerana nafsu untuk ‘bersama’ dengan suami mulai menurun yang dipengaruhi oleh beberapa faktor.

“Kebanyakan ibu bersalin sibuk memfokus pada anak, penat bekerja, kalau suri rumah pula sibuk menguruskan anak-anak, mengemas rumah, memasak bahkan ada yang trauma selepas melahirkan bayi.

“Apabila tubuh badan dan mental penat, ia menyebabkan tiada keinginan atau kurang nafsu untuk ‘bersama’ dengan suami. Sebab itu, dengan adanya urutan terapi mahkota kewanitaan ini dapat memperbaiki masalah dalaman yang sering dialami wanita.

“Biasanya selepas urutan ini dilakukan, isteri akan mudah terangsang untuk ‘bersama’ suami. Inilah tujuan urutan terapi supaya wanita dapat rehat dan tenang di spa bagi mengembalikan mood intim bersama pasangan,” jelasnya kepada Seri.

Urutan kesihatan ini juga dapat mengemaskan saraf, mencantikkan pinggul, mengembalikan nafsu atau rangsangan wanita serta meningkatkan aktiviti seksual antara suami isteri.

Urutan akan dilakukan pada bahagian pinggang hingga ke hujung kaki dan akan ditekan pada titik-titik hormon.

PROSES URUTAN

1. Sebelum urutan, perlu mencuci vagina dengan air herba yang dipanggil proses cebok herba.

2. Kemudian dibersihkan dengan sabun manjakani supaya dapat hilangkan bau, kegatalan dan merapatkan Miss V.

3. Selepas itu, proses bertangas selama 20 minit akan dilakukan bertujuan mengeluarkan lendiran atau keputihan. Ketika ini juruterapi akan menekan titik urat vagina.

4. Kemudian barulah mulakan urutan yang dilakukan bermula daripada pinggang hingga hujung kaki.

5. Urutan akan ditekankan di bahagian bawah pinggang pada titik hormon supaya dapat memperbetulkan peranakan, pinggul, punggung dan mengangkat rahim yang jatuh.

TEKNIK ATAU CARA URUTAN

1. Urutan daripada belakang badan iaitu totok punggung mulai di tapak kaki naik ke bahagian pinggul sehingga pinggang. Totok punggung supaya mengangkat punggung yang jatuh.

2. Pinggul akan diurut bagi memperbetulkan kedudukan pinggul dan menaikkan pinggul.

3. Urutan ini bertujuan memperkemaskan pinggang.

4. Pada bahagian depan badan pula, urutan dimulakan pada permukaan vagina bagi merangsang hormon.

5. Tekan urat pangkal paha bertujuan membuang angin dan mengembalikan langkah berjalan dengan betul.

6. Sekiranya rahim jatuh, juruterapi akan memperbetulkan peranakan. Tekan titik masalah kentut vagina di bahagian rahim. Gelembung-gelembung air bersuara dalam rahim petanda kentut vagina.

ANTARA KEBAIKAN URUTAN

 Meningkatkan sensitiviti sensual antara isteri dan suami.

 Menguatkan lantai pelvik.

 Memperbetulkan kedudukan peranakan, pinggul.

 Membantu mengeluarkan angin rahim atau lebih dikenali sebagai kentut vagina.

 Membantu merawat masalah keputihan.

 Membantu wanita yang mengalami masalah hormon tidak seimbang.

 Melancarkan haid tidak teratur.

 Membantu wanita yang mengalami mati putik (hubungan intim hambar)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN