Malaysia Airlines raikan penumpang dengan juadah Hari Raya bertaraf bintang - Utusan Malaysia

Malaysia Airlines raikan penumpang dengan juadah Hari Raya bertaraf bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mengadakan kolaborasi bersama Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur bagi meraikan penumpang mereka untuk menikmati pengalaman baru dengan menawarkan menu khas Hari Raya Aidilfitri.

Menurut, Pengarah Jualan dan Pemasaran Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Shaidatul Nurfairuze berkata, tawaran yang akan bermula pada 10 hingga 17 April itu boleh didapati di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Justeru bagi, penumpang Malaysia yang ingin menyambut Hari Raya amatlah dialu-alukan untuk menjamu selera di Golden Lounge Satellite, Golden Lounge Regional dan Golden Lounge Domestik yang terdapat di KLIA.

“Manakala bagi tetamu yang menjamu selera di Malaysia Airline Platinum Lounge, mereka boleh berpeluang menikmati hidangan khas perayaan yang lazat seperti Gado-Gado Musafir, Singgang Lautan Bingkisan Perantau dan Rendang Udang Fajar Menyinsing,” ujarnya.

Katanya, untuk memastikan penyediaan juadah eksklusif dan mewah buat para penumpang syarikat penerbangan tersebut, kerjasama dengan Hotel Sheraton Imperial menampilkan barisan pakar kulinari dalam masakan tempatan.

“Bagi penyediaan juadah tersebut akan dipimpin oleh Pakar Kulinari Eksekutif Sous, Mohd Azizan Mohd Apande, Chef Melayu, Abdul Hallim Sultan, dan Chef De Cuisine, Muhammad Aliff Akhbar Zakaría, yang ketiga-tiganya chef utama di Sheraton Imperial Kuala Lumpur,” katanya.

Dalam pada itu, Shaidatul berkata, cabutan tiket bertuah dengan hadiah lumayan juga turut diadakan sepanjang tempoh perayaaan Hari Raya Aidilfitri dari 27 Mac ini sehingga 14 April.

“Pengembara boleh mengambil gambar yang menawan di Gerai Foto Hari Raya Sheraton Imperial Kuala Lumpur di ketiga-tiga ruang rehat penerbangan Malaysia Airlines untuk menyertai cabutan bertuah itu.

“Kemudian gambar yang diambil perlulah dikongsi secara umum di Instagram dengan menanda @sheratonimperialalkl dan @malaysiaairlines,dengan syarat telah mengikuti kedua-dua akaun berkenaan,” katanya.

Tambah beliau,selain daripada itu, bersempena bulan Ramadan ini, penumpang dan orang ramai dijemput untuk bagi sama-sama memeriahkan berbuka puasa di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur yang mana kali ini berkonsepkan retro dan dijamin menggamit nostalgia lama di bulan puasa.

Mengulas lanjut, selain mengikuti untuk berbuka puasa, penumpang Malaysia Airlines terutamanya ahli Enrich boleh memilih pakej penginapan Retro Ramadan D’ Sheraton Imperial yang membawa faedah eksklusif

“Ini termasuk ganjaran 1000 mata Marriott dan diskaun 20 peratus untuk Bufet Ramadan Nostalgia Retro bagi orang ketiga yang menemani ahli Enrich” katanya.

Justeru, bagi memastikan perjalanan lebih lancar semasa musim perayaan ini, penumpang digalakkan untuk mendaftar masuk dalam talian atau melalui aplikasi mudah alih Malaysia Airlines dan tiba di lapangan terbang lebih awal.

Katanya, penumpang digalakkan untuk mendaftarkan diri untuk menjadi ahli Enrich bagi memperoleh mata ganjaran Enrich dan nikmati tawaran eksklusif ahli sahaja dan hanya muat turun Aplikasi Malaysia Airlines untuk mendapatkan promosi terkini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN