Letusan Anak Krakatau: MAS batal 12 penerbangan KL-Jakarta

Letusan Anak Krakatau: MAS batal 12 penerbangan KL-Jakarta

MALAYSIA AIRLINES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) membatalkan 12 penerbangan antara Kuala Lumpur dan Jakarta hari ini susulan letusan gunung berapi Anak Krakatau, Indonesia.

MAS berkata, pembatalan itu susulan keadaan abu gunung berapi yang menjejaskan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

Menurut syarikat penerbangan itu, penerbangan yang terjejas adalab MH713, MH712, MH711, MH710, MH717, MH716, MH721, MH720, MH723, MH722, MH725 dan MH724 bagi laluan Kuala Lumpur-Jakarta serta Jakarta-Kuala Lumpur.

“MAS sedang memantau perkembangan situasi berkenaan dengan rapat berikutan keadaan yang masih berubah.

“Sebarang perkembangan lanjut berkaitan penerbangan yang terjejas akan dikemas kini dan dimaklumkan secara terus kepada pelanggan yang terlibat,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, MAS menasihatkan penumpang untuk memastikan maklumat perhubungan mereka dikemas kini menerusi bahagian ‘My Booking’ di laman webnya bagi membolehkan maklumat terkini disampaikan melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Pelanggan turut boleh mendapatkan bantuan menerusi perkhidmatan Live Chat di laman web Malaysia Airlines atau menghubungi Pusat Hubungan Global di talian 1 300 88 3000 bagi panggilan dalam Malaysia atau +603 7843 3000 dari luar Malaysia,” katanya.

Tambahnya, MAS sentiasa memastikan keselamatan penumpang dan kru kekal sebagai keutamaan utama syarikat. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×