Sektor hartanah berpotensi atasi jangkaan positif pelabur - Utusan Malaysia

Sektor hartanah berpotensi atasi jangkaan positif pelabur

KENAIKAN OPR memberi kesan kepada minat pembeli hartanah. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UBS Research berpendapat sektor hartanah Malaysia mempunyai potensi untuk mengatasi jangkaan positif pelabur.

Menurutnya, hasil lawatan UBS ke tapak Johor menunjukkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) yang mantap, sekali gus menyokong anggaran UBS Research sebanyak 6.0 hingga 10 peratus Purata Kadar Pertumbuhan Tahunan (CAGR) untuk urus niaga hartanah industri untuk 2021-30.

“Kami berpendapat potensi peningkatan struktur daripada perindustrian mungkin timbul daripada gandaan penilaian yang lebih tinggi.

“Kami kekalkan penarafan beli pada EcoWorld (pilihan teratas), dan semak naik penarafan beli kepada Mah Sing dan SP Setia berbanding neutral sebelum ini,” katanya dalam nota kajian.

Ujarnya, perjalanan UBS ke Johor telah mengesahkan pandangannya untuk sektor hartanah kerana mempunyai aliran masuk FDI yang banyak.

Ini menyokong matlamat kerajaan sebanyak 6.5 peratus setiap tahun, peningkatan dalam nilai tambah 2021-30.

“Walaupun terdapat kebimbangan mengenai sasaran yang tinggi, pemerhatian terhadap data sebelum ini menunjukkan peningkatan hampir dua kali ganda lebih cepat dalam FDI dan pelaburan langsung domestik (DDI) yang menganggarkan pertumbuhan enam hingga 10 peratus pada masa depan.

“Secara konservatif, kami melihat terdapat permintaan yang besar untuk hartanah perindustrian bernilai lebih RM13 bilion setiap tahun.

“Bertentangan dengan kebimbangan pelabur, analisis kami terhadap dinamik industri menunjukkan kepada risiko rendah dalam lebihan bekalan,” katanya.

UBS juga pendapatan konsensus telah dipotong secara berlebihan pada 2022, dan tidak semuanya disemak semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya