DUN Johor bubar hari ini

DUN Johor bubar hari ini

ONN Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran DUN Johor dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di kediaman rasmi beliau, di Johor Bahru hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Teka-teki mengenai pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 akhirnya terjawab selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi dibubarkan berkuat kuasa hari ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di kediaman rasmi beliau, di sini sebentar tadi.

Katanya, perkara itu telah diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim selepas menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, pagi tadi.

“Watikah pembubaran DUN Johor Ke-15 telah diperkenankan berkuatkuasa hari ini, selaras Undang-Undang Tubuh Negeri Johor. Pembubaran ini dibuat bagi memberi laluan kepada proses demokrasi. Keputusan ini dibuat dengan niat memastikan rakyat Johor terus memiliki kerajaan stabil dan kukuh,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN