Madhuri Dixit pertahankan Aishwarya Rai - Utusan Malaysia

Madhuri Dixit pertahankan Aishwarya Rai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Aktres, Madhuri Dixit mempertahankan rakan industri yang juga pelakon, Aishwarya Rai yang mendapat kecaman gara-gara perubahan berat badan ketika menghadiri Festival Filem Cannes, Perancis baru-baru ini.

Dixit, 59, berkata netizen salah percaturan dengan mengutuk aktres sehebat Aishwarya yang membanggakan India di peringkat global.

“Aishwarya sudah berada di sana (cannes) selama 20 tahun. Beliau, yang juga bintang ternama dunia telah membanggakan India.

“Banyak sumbangan beliau kepada negara. Anda tidak boleh menilai beliau melalui melalui berat badan, saiz bajunya atau angka dalam kalendar.

“Beliau jelita, cantik luar dalam,” kongsinya dalam satu temu bual baru-baru ini.

Aishwarya menerima kecaman susulan berat badannya meningkat ketika hadir ke Festival Filem Cannes baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN