HDC sasar nilai eksport halal meningkat 10 peratus - Utusan Malaysia

HDC sasar nilai eksport halal meningkat 10 peratus

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2022 - Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation (HDC), Hairol Ariffein Sahari ketika ditemubual di pejabat HDC, Menara KPMG, Bandar Utama Damansara di sini hari ini. Gambar FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Halal Development Corporation (HDC) menjangka nilai eksport halal bagi tahun ini meningkat 5.0 hingga 10 peratus berbanding RM59.46 bilion yang dicatatkan industri pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari berkata, pada tahun ini pihaknya mahu melihat lebih banyak peningkatan kira-kira 7.0 hingga 8.0 peratus dalam sektor bukan makanan seperti kosmetik, farmaseutikal dan sebagainya.

“Mahu atau tidak kita perlu fokus kepada sektor tersebut dan industri ini perlu dipelbagaikan kerana selama ini industri halal banyak bergantung kepada bahan minyak kelapa sawit yang diproses.

“Pada 2021, terdapat peningkatan eksport yang tinggi tetapi ia dipengaruhi oleh harga komoditi jadi saya tidak mahu industri terlalu begantung kepada bahan minyak kelapa sawit kerana ia tidak bersifat lestari.

“Oleh itu, kini kami sedang mencari sektor lain yang memberi nilai tambah tinggi seperti sektor peranti perubatan.

“Sebagai contoh, graf tulang, jahitan dan sebagainya kerana terdapat banyak produk peranti perubatan di luar sana yang dihasilkan daripada bahan tidak halal jadi kami mahu fokus kepada itu.

“Pada tahun lepas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah melancarkan standard halal untuk peranti perubatan dan kami melihat terdapat beberapa syarikat yang berpotensi tinggi.

“Selain itu, sektor baharu yang akan muncul dalam industri adalah fesyen sederhana,” katanya.

Pada 2022, eksport Malaysia mencecah RM1.55 trilion, melebihi unjuran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk 2025 sebanyak 24 peratus dan tiga tahun lebih awal daripada sasaran.

Daripada jumlah ini, jumlah nilai eksport halal bagi 2022 ialah RM59.46 bilion. Beliau menambah bahawa industri halal menyumbang kepada 7.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2022.

Tahun ini, prestasi negara dijangka berkembang pada kadar yang lebih perlahan berikutan ketidaktentuan global seperti gangguan dalam rantaian bekalan global, tekanan inflasi, turun naik harga komoditi, ketegangan geopolitik yang berpanjangan dengan perdagangan meningkat sebanyak 1.3 peratus, eksport meningkat sebanyak 2.2 peratus dan import masing-masing sebanyak 0.2 peratus.

Oleh itu, ia dijangka sama untuk pertumbuhan pasaran halal juga.

Baru-baru ini, dilaporkan bahawa industri halal Malaysia diunjurkan berkembang kepada AS$113.2 bilion (RM500.17 bilion) menjelang 2030, dengan sumbangan kepada KDNK sebanyak 8.1 peratus menjelang 2025 melalui Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kementeriannya komited untuk terus menambah baik semua komponen ekosistem halal ke arah meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam pasaran halal global. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.