Seramai 89 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tualang melakukan sujud syukur sejurus sekolah itu diumumkan sebagai yang terbaik di Temerloh dan ketujuh di Pahang. Pengetuanya, Sarimah Said, berkata, pencapaian tahun ini memperlihatkan lonjakan ketara apabila hampir 75 peratus calon memperoleh sekurang-kurangnya 5A ke atas, manakala gred purata sekolah (GPS) meningkat kepada 2.07, sekali gus mengatasi sasaran awal. Menurutnya, suasana penuh hiba bercampur syukur menyelubungi…










