PENUBUHAN Ombudsman Malaysia dilihat sebagai langkah penting dalam menutup jurang kelemahan sistem pengawasan sedia ada, khususnya apabila pelaksanaan tindakan terhadap salah laku dalam agensi awam masih bergantung keputusan dalaman masing-masing. Keadaan itu menimbulkan persoalan tentang keberkesanan mekanisme sedia ada, termasuk peranan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang ketika ini hanya boleh mengemukakan syor tanpa kuasa untuk memastikan tindakan diambil. Pengerusinya, TAN SRI DR. ISMAIL BAKAR mengakui cabaran tersebut menjadi antara…










