Mood protes sudah kurang – Maria Chin - Utusan Malaysia

Mood protes sudah kurang – Maria Chin

MARIA CHIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

MUKADIMAH

PANTANG ada yang tidak kena dengan kerajaan terdahulu, nama ini cukup garang dengan ‘ngauman’ tersendiri.
Kemampuan beliau mengatur ribuan orang untuk melaksanakan demonstrasi tidak dapat disangkal.
Wartawan Mingguan Malaysia menemu ramah bekas Pengerusi Bersih 2.0 MARIA CHIN ABDULLAH,

Memuatkan artikel berkaitan…

KERAJAAN MADANI
AGAK PERLAHAN
MINGGUAN MALAYSIA: Pandangan saudari berkenaan Kerajaan Madani?
MARIA CHIN: Saya rasa mereka masih sedang berusaha untuk buat yang terbaik. Kini sudah lebih setahun Kerajaan Perpaduan mentadbir dan ada perkara berkaitan yang perlu direformasikan, ia agak perlahan.
Masih ada belum yang terlaksana. Sebagai contoh, Akta Pendanaan Politik selain harapan agar Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dikaji semula. Selain diberi kuasa menyiasat serta memiliki bidang kuasa tatatertib terhadap pegawai polis yang melakukan penderaan serius.
Ini kerana saya rasa ia perlu diberi kuasa menyiasat serta memiliki bidang kuasa tatatertib terhadap pegawai polis melakukan kesalahan. Lagipun sekarang ada banyak aduan terhadap salah laku anggota polis.
Pada pandangan saya, adalah lebih baik apabila kita boleh berbincang dengan melibatkan pihak awam dan bukan hanya jawatankuasa khas Parlimen agar mereka faham terutama apabila membabitkan pelaksanaan undang-undang tertentu.

FTPA
Anda menentang cadangan Penggal Tetap Parlimen (FTPA) ?
Saya rasa kalau kita menyentuh tentang ruang lingkup demokrasi berparlimen , ia tidak perlu dilaksanakan. Sebab apa? Kerana kalau kita tidak suka kerajaan itu, it always vote of no confidence di Parlimen.
Tidak perlu tunggu sehingga cukup penggal. Untuk kestabilan pula, apa yang kita perlu ada adalah mengawal rasuah dan institusi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi lain perlu diperkukuhkan.
Selepas itu, barulah kita boleh beri keyakinan kepada pelabur sekali gus dapat menyelesaikan masalah terutama aspek ekonomi dan sosial. Jadi, pada fikiran saya ini antara perkara yang perlu dijadikan keutamaan.

SIASAT BEKAS PEMIMPIN
Bagaimana anda melihat tindakan agensi penguatkuasa yang membuka kertas siasatan terhadap bekas-bekas pemimpin?
Saya rasa kalau tiada apa yang mahu ditakutkan dan tiada melakukan apa-apa kesalahan, maka siasatlah individu berkenaan.
Bagaimanapun, pada pandangan saya mungkin apa yang dilakukan ini adalah cara bagaimana kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menunjukkan bahawa beliau serius mengawal rasuah.

Adakah hak asasi manusia bertambah baik di bawah pemerintahan Madani?
Hak asasi manusia mungkin ada sedikit kelemahan. Pada pandangan saya, apabila seseorang itu didakwa, perlu ada peguam.
Selain itu, kerajaan perlu sedia dikritik dan mereka perlu terima kritikan terbabit, selepas itu sediakan ruang untuk berbincang dengan lebih lanjut.

Pandangan anda dalam isu membabitkan peruntukan ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang diterima Kerajaan Perpaduan?
Perlu diberi sama rata. Sewaktu dahulu, kita ada perjanjian persefahaman (MoU) dan setiap ahli Parlimen dapat RM3 juta setahun. Inilah cara untuk bantu rakyat. Buat segala infrastruktur. Kerajaan Perpaduan perlu melantik penyelaras dan bagi peruntukan untuk mengurus rakyat.

ISU RASUAH
Apakah pandangan anda tentang isu rasuah selepas setahun di bawah pentadbiran Kerajaan Madani?
Saya harap SPRM apabila melaksanakan siasatan, laporan boleh dibentangkan di Parlimen. Selepas itu, boleh dibincangkan terutama hasil siasatan. Ia lebih telus dan adil. Ada akauntabiliti.

TURUN KE JALANAN
Sedia untuk turun ke jalanan dan melaksanakan protes?
Buat masa ini tiada keperluan untuk ke jalan raya kerana tiada isu yang kritikal. Mungkin kalau bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan daripada penjara baru protes. Itu pun bergantung kepada keadaan.
Lagipun saya lihat mood sudah kurang kerana Covid-19 dan kedua, kita sudah tukar kerajaan tiga kali dalam tempoh lima tahun.
Apabila saya bincang semula dengan rakan lain, mereka kecewa dengan politik kita yang tiada arah tuju.Walau apa pun kita berilah kerajaan sekarang peluang bekerja dan buktikan potensi mereka dahulu.

Ada rancangan untuk buat come back dalam politik?
Saya rasa tiada. Lebih baik buat kerja-kerja komuniti yang saya lakukan sekarang berbanding menyertai politik. – Mingguan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini