Harap Surau Al-Firdaus Presint 11F dibuka sebelum Ramadan

Harap Surau Al-Firdaus Presint 11F beroperasi sebelum Ramadan

PENDUDUK berharap SURAU Al Firdaus di Persint 11F, Putrajaya dapat beroperasi sebelum Ramadan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMI penduduk di Presint 11F, Putrajaya terutamanya berharap Surau Al Firdaus yang kini sudah siap di bina dapat beroperasi sepenuhnya menjelang bulan Ramadan tahun ini.

Sekiranya surau ini beroperasi ia akan memberi kemudahan bukan sahaja kepada penduduk di Presint 11F, tetapi juga dari Presint 11D, 11E dan kawasan sekitarnya.

Ini juga bagi mengelakkan kesesakan terutama di Surau Al Furqan yang merupakan surau utama di sekitar Presint 11.

Sarau Al-Firdaus ini telah dirancang dan diluluskan pembinaannya di atas lah dirancang dan diluluskan untuk pembinaan di Lot PT 14812 Presint 11F Putrajaya bermula pada tahun 2016.

Dijangka mampu menampung 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Selain memberi manfaat kepada penduduk di Presint P11F, surau ini yang terletak berhampiran dengan Pusat Kejiranan Presint 11 ini juga akan memberi manfaat kepada pengunjung dalam dan luar Putrajaya.

Namun disebabkan beberapa isu pembinaan sebenar bermula pada tahun 2021 selepas kelulusan perubahan daripada pembangunan surau satu tingkat kepada dua tingkat sebagai memenuhi syarat tambahan daripada Perbadanan Putrajaya.

Sehubungan itu kami penduduk di kejiranan Presint 11F ini berharap agar Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dapat memastikan surau ini dapat beroperasi sebelum Ramadan.

Mungkin dengan beroperasi surau ini ia akan dapat membantu mengumpulkan dana bagi membayar semula kos pembinaan kepada dan perkhidmatan kepada PPZ-WAIWP melalui sumbangan para jemaah.

Pada masa yang sama ia akan memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan tersebut untuk beribadah terutama untuk mengimarahkan Ramadan yang bakal menjelang.

Diharapkan pihak Perbadanan Putrajaya dan MAIWP serta Jabatan Perdana Menteri dapat memberi pertimbangan kepada rayuan penduduk ini.-UTUSAN

ABU BAKAR
Presint 11 Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN