Mampukah gelombang biru menular ke Negeri Sembilan?

Mampukah gelombang biru menular ke Negeri Sembilan?

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan memberi gambaran terhadap kecenderungan politik semasa dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada kali ini menyaksikan sekali lagi pertarungan ulangan satu lawan satu antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Ini kerana Perikatan Nasional (PN) menerusi Pas mengambil pendekatan yang serupa seperti di PRN Johor dengan memberikan laluan selesa kepada BN kerana tidak meletakkan calon-calonnya di tempat mana UMNO bertanding.
Melihat senarai nama calon PH, agak sukar untuk mereka menang.

Begitu juga Datuk Seri Aminuddin Harun yang ‘lari’ bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi mungkin juga akan kalah.

Pemerhati serta pengamat politik menjangkakan ‘lautan biru’ akan memenuhi Negeri Sembilan.

Ini kerana PH dilihat dan didakwa hilang kredibiliti di mata penyokong sendiri yang sebelum ini menaruh harapan besar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemerhati dan rakyat menganggap kepimpinan negara hari ini bertindak seperti seorang pembangkang. Lihat sahaja kempen di PRN Johor, bagaimana PH bercakap besar, mengungkit kisah lama dan mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan tindakan.

Selain itu, pengundi muda dilihat sebagai kumpulan yang berpotensi mempengaruhi keputusan di beberapa kerusi. Pendekatan kempen yang dekat dengan aspirasi golongan ini, termasuk isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan dan tadbir urus, dijangka menjadi antara faktor penting dalam menentukan sokongan mereka.

Keputusan PRN Negeri Sembilan juga dijangka memberi gambaran terhadap kecenderungan politik semasa serta menjadi petunjuk awal kepada persiapan parti-parti politik menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Walaupun setiap negeri mempunyai dinamik politik tersendiri, namun keputusan di Negeri Sembilan tetap akan diperhatikan sebagai sebahagian daripada perkembangan landskap politik nasional.

Akhirnya, segala ramalan hanya akan terjawab apabila pengundi membuat pilihan di peti undi. Keputusan yang diumumkan kelak bukan sahaja menentukan pentadbiran negeri, malah turut menjadi isyarat penting terhadap arah sokongan rakyat dalam suasana politik negara yang terus berkembang.-UTUSAN

CTJ
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN