SUDAH setahun Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kembali hidup sejak Januari 2025 dan hari ini PLKN 3.0 berjaya melahirkan 3,404 pelatih berbilang kaum, latar belakang malah ada antaranya menyertai pasukan beruniform seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ada juga menceburkan bidang lain sama ada pengajian tinggi atau sektor pekerjaan.
Namun begitu, tidak semua bekas pelatih mendapat sama seperti lain yang mendapat pekerjaan dalam sektor awam dan swasta, ada daripadanya bergelut kehidupan lama selepas tamat latihan kerana tiada hala tuju sehinggakan ada memohon pekerjaan dengan gunakan sijil tamat latihan PLKN kerana tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sijil pendidikan sedia ada yang menyukarkan untuk meneruskan kehidupan apatah lagi tidak mempunyai elaun pasca-latihan mahupun ketiadaan peluang pekerjaan untuk alumni PLKN.
Walaupun buat masa ini JLKN tidak mempunyai perancangan tambah baik peluang dan aspek kebajikan alumni PLKN, pihak terlibat khususnya badan pendidikan seperti Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), GiatMara dan seumpamanya boleh membantu bekas alumni PLKN yang masih bergelut meneruskan kehidupan bahkan sayang jika latihan diberi oleh PLKN selama ini tidak guna langsung seandainya tidak diberi ruang untuk sektor sedia ada hingga sanggup merantau kerja di negara luar tambahan pula JLKN juga boleh jadi perantara atau orang tengah menolong bekas alumni.
Elaun pasca-latihan perlu ada untuk meringankan beban para alumni PLKN tanpa mengira siri, tahun tetapi harus utamakan bekas alumni PLKN 3.0 yang menjalani kehidupan sebagai orang biasa, bukan alumni yang sudah menyertai pasukan beruniform selain memberi tawaran pekerjaan secara kontrak atau sambilan untuk bidang kejurulatihan.
Oleh kerana masyarakat masih mempunyai persepsi terhadap alumni PLKN sejak dahulu lagi, kalau boleh pihak-pihak terlibat perlu cari solusi untuk memperbaiki kebajikan dan peluang kepada bekas alumni tetapi terpulanglah kepada pihak lebih atas seperti menteri dan pengarah JLKN untuk menilai kekurangan mana yang perlu ditambah baik agar bakal-bakal pelatih PLKN 3.0 akan datang dapat manfaat seperti yang dipinta.
Jika tidak, sia-sia sahajalah keringat alumni terdahulu sanggup meninggalkan keluarga, pekerjaan, masa semata mata menyahut seruan PLKN 3.0. – UTUSAN
BEKAS PELATIH PLKN
Ipoh, Perak










