Perlindungan marin juga perlukan kerjasama sektor swasta

Perlindungan marin juga perlukan kerjasama sektor swasta

MALAYSIA berada pada fasa baharu dalam tadbir urus lautan yang berteraskan sains, kerjasama rentas sektor serta komitmen terhadap kelestarian jangka panjang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JABATAN Perikanan Malaysia terus memperkukuh pengurusan dan pembiayaan konservasi marin melalui Kumpulan Wang Amanah Taman Laut dan Rizab Laut (KWATLRL) sebagai mekanisme utama menyokong kelestarian ekosistem marin negara. 

Malaysia kini berada pada fasa baharu dalam tadbir urus lautan yang berteraskan sains, kerjasama rentas sektor serta komitmen terhadap kelestarian jangka panjang. 

Sehingga kini, sebanyak 84 Kawasan Perlindungan Marin (MPA)  diwartakan meliputi keluasan 29,844.08 kilometer persegi atau 5.54 peratus daripada keseluruhan perairan negara. 

Pencapaian ini sejajar dengan komitmen global sasaran 30×30 serta menyokong aspek keselamatan makanan dan pembangunan ekonomi biru negara. 

Laporan kewangan KWATLRL bagi tahun berakhir 31 Disember 2025 menunjukkan jumlah kutipan fi pemuliharaan dan fi aktiviti sebanyak RM5.75 juta, iaitu penurunan sebanyak RM374,188.39 berbanding tahun sebelumnya.

Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Malaysia akan terus mempergiat usaha menarik penglibatan sektor swasta melalui sumbangan, penajaan serta kerjasama strategik. Inisiatif ini turut disokong oleh insentif potongan cukai di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 sebagai galakan kepada pihak industri untuk bersama-sama menyumbang kepada agenda pemuliharaan marin negara. 

Turut diadakan program kesedaran awam termasuk aktiviti pembersihan pantai dan Kempen Bebas Plastik, selain pelepasan anak penyu sebagai simbol komitmen terhadap pemeliharaan biodiversiti marin. –UTUSAN

 

JABATAN PERIKANAN MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN