Jadikan masalah pendorong untuk lebih berjaya

Jadikan masalah pendorong untuk lebih berjaya

SEKIRANYA bijak mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, bermakna anda sudah dapat mengawal isu yang melanda diri sendiri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SATU persoalan yang selalu ditimbulkan ialah apakah sifat istimewa dimiliki orang yang berjaya dan berhemah tinggi? Mengapakah mereka terus menempa kejayaan demi kejayaan sedangkan pada masa sama orang lain terus dilanda masalah?

Jawapannya ialah, bagaimana mereka melihat setiap masalah. Mereka mengendali setiap masalah secara betul dan praktikal. Mereka juga memahami beberapa prinsip yang berhubung kait dengan jenis masalah dihadapi. Saya menemui jawapan ini dalam buku Tough Times Never Last, But Tough People Do yang ditulis oleh Dr. Robert H. Schuller.    

Pengaruh positif ada pada setiap masalah

Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang kreatif untuk diri seseorang. Masalah dihadapi seseorang boleh dijadikan modal perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain. Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan muflis boleh bertindak sebagai seorang penasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai muflis. Masalah yang dihadapi seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.

 Sikap anda boleh berubah bila menghadapi masalah 

Sebagai contoh, kita kadangkala bersua dengan jurujual yang berjaya. Bagaimanapun, bila diselidiki, dia berkelulusan dalam bidang Sejarah dan Pendidikan yang tiada kaitan dengan kerjayanya. Sebenarnya, dia sebelum itu bekerja sebagai guru dan menganggap ia menjemukan lalu menimbulkan banyak masalah kepada majikannya hingga dia diberhentikan.

Marah disebabkan pemberhentian kerja, dia berazam menunjukkan kepada masyarakat bahawa dia juga boleh berjaya dalam hidup. Kini dia bersyukur kerana dibuang kerja membentuk tekadnya untuk terus berusaha hingga berjaya.

Mengawal masalah bergantung kepada anda

Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah tetapi boleh merancang tindakan balas terhadapnya. Sekiranya berjaya mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, bermakna anda sudah dapat mengawal isu yang melanda diri sendiri. Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat anda hidup dengan lebih baik atau pun menderita. Semuanya bergantung kepada diri anda.           

Setiap masalah mempunyai tindak balas yang negatif dan juga positif

Akhir sekali, orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun dalam keadaan yang menyulitkan kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara positif dalam keadaan sulit atau bahaya walaupun bukan satu perkara mudah.

Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapai masalah kewangan yang rumit. Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus diambil. Larikan diri daripada penagih hutang. Mencari jalan keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya.

Tindak balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan masalah baharu. Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang. Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil ialah secara undang-undang dan cara terhormat ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh mahkamah.

Sekiranya anda tidak dapat selesaikan masalah, maka anda harus mengendalikannya.   

KAMARUDDIN HASSAN

Bekas pengurus GLC

Seksyen 8, Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN