PAPA Zola The Movie, yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 Disember lalu, hadir lebih daripada sekadar hiburan. Di sebalik kisah animasi fiksyen sains dan komedi yang menghiburkan, filem ini menyorot realiti kehidupan penggiat ekonomi gig selain membuka ruang perbincangan tentang sisi kemanusiaan dalam ekonomi digital. Watak Papa Zola digambarkan sebagai seorang bapa yang mencari rezeki sebagai penggiat gig, menghantar makanan dan melakukan pelbagai kerja sambilan demi kelangsungan…










