BARIT atau barium sulfat (BaSO) ialah mineral berat bukan logam yang digunakan dalam pelbagai industri. Namanya berasal daripada perkataan Greek barys yang bermaksud ‘berat’ yang dinamakan oleh ahli mineralogi Jerman, Dietrich Ludwig Gustav Karsten, pada 1800. Mineral ini berwarna putih hingga kelabu, bersifat lutsinar hingga legap dan memiliki graviti tentu tinggi. Kegunaannya meliputi industri petroleum sebagai bahan pemberat dalam cecair penggerudian, bahan pengisi dalam cat, plastik dan getah, agen kontras…










