FAM perlu utamakan pembangunan bakat muda

FAM perlu utamakan pembangunan bakat muda

WALAUPUN tidak diletakkan sebarang harapan kali ini ekoran rentetan kegagalan berterusan sebelum ini, anak buah Nafuzi Zain beraksi cemerlang berjuang habis-habisan ketika menentang Filipina.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada skuad bola sepak B-23 negara yang berjaya membawa balik pingat gangsa sempena Sukan SEA Thailand 2025. Walaupun tidak diletakkan sebarang harapan kali ini ekoran rentetan kegagalan berterusan sebelum ini, anak buah Nafuzi Zain beraksi cemerlang berjuang habis-habisan ketika menentang skuad muda Filipina tempoh hari.

Jika dilihat kepada senarai pemain Harimau Muda yang dibawa ke Thailand, hanya beberapa pemain sahaja antaranya Haqimi Azim dan Ubaidullah Shamsul yang beraksi dengan konsisten bersama kelab masing-masing di Liga Super. Sukar untuk pemain muda mendapat tempat kesebelasan utama pasukan yang mempunyai terlalu ramai pemain import.

 Liga Super Malaysia (MFL) diminta untuk mengurangkan pendaftaran kuota pemain import dalam semua pasukan yang bersaing di Liga Super daripada maksimum 15 orang serta mensyaratkan lebih ramai pemain B-23 berada dalam skuad semasa hari perlawanan untuk musim akan datang.

Kejayaan skuad B-23 negara memadam kemarau pingat Sukan SEA diharap dapat membuka mata pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk lebih mengutamakan program pembangunan bakat muda berbanding mengambil jalan singkat dengan meletakkan pemain warisan dari liga luar negara yang boleh mengundang masalah jika tidak diuruskan dengan cermat.-UTUSAN

 

M. FAISAL

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×