Ahli politik perlu ubah cara pemikiran

Ahli politik perlu ubah cara pemikiran

WAJAR bagi semua ahli politik mengubah pemikiran agar berorientasikan penyelesaian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGGUNGJAWAB seorang perdana menteri adalah memastikan negara berada di landasan yang benar serta membuat keputusan eksekutif yang pada hemat beliau adalah paling optimal. Tanggungjawab kolektif bersama barisan jemaah menteri juga harus diambil kira dan bukan sekadar meletakkan beban negara ke atas seseorang sahaja.

Sifat kebertanggungjawaban atau akauntabiliti merupakan aspek utama di dalam sesebuah kerajaan.

Sukar bagi rakyat Malaysia untuk melangkah ke hadapan jika asyik hendak mengkritik tanpa menilai perubahan yang berlaku pada masa yang sama.

Kerajaan tidak pernah bersifat defensif tetapi sebarang kritikan juga harus disusuli dengan keterbukaan semua pihak untuk mengakui beberapa masalah legasi yang berjaya ditangani.

Rasionalisasi subsidi bagi mengelak ketirisan bahan api, penyaluran semula penjimatan kepada penambahan bantuan SARA dan STR, di samping bantuan tambahan sekali bayar RM100 kepada semua warganegara berumur 18 tahun ke atas.

Malaysia kini hampir mencapai kadar sifar kemiskinan tegar dengan baki 0.09 peratus disasarkan selesai sebelum suku pertama 2026.

Pelbagai pencapaian-pencapaian lain yang masih boleh disenaraikan dan realitinya berjaya dilaksanakan kerana kestabilan politik Kerajaan Madani berbanding yang terdahulu.

Reformasi adalah proses berterusan dan realiti hubungan kesepakatan politik di dalam sebuah kerajaan perpaduan juga harus dititikberatkan.

Jahil bagi seorang ahli politik untuk terlalu meremehkan apa yang perlu diusahakan oleh perdana menteri sepanjang tempoh pentadbiran beliau. Mungkin pentadbirannya belum sempurna tetapi dengan kerjasama lebih positif mampu mengejar kesempurnaan.

Jika benar kita mahukan negara melalui reformasi mutlak, wajar bagi semua ahli politik mengubah pemikiran agar berorientasikan penyelesaian.-UTUSAN

AIDI AMIN YAZID
Timbalan Setiausaha Agung PKR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×