PENDIDIKAN dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia bukan lagi sekadar laluan ke pekerjaan 3D (kotor, bahaya dan sukar). Sebaliknya, kini menjadi pemacu utama pembangunan bakat profesional dalam industri multimedia dan kreatif negara. Dalam era ekonomi digital, TVET membuka ruang kepada golongan muda berjiwa seni dan inovatif untuk menonjol sebagai tenaga profesional yang mampu bersaing di peringkat global. Statistik kebolehpasaran graduan TVET yang mencecah 95.1 peratus pada 2025 dan…










