PEMIMPIN perlu kembali kepada asas iaitu akhlak, adab dan teladan. Pemimpin mesti sedar setiap perbuatan mereka, sama ada di dalam atau luar dewan adalah cerminan kepada maruah negara. Mereka harus menjaga bahasa ketika berhujah, mengawal emosi ketika berbeza pendapat dan menunjukkan rasa hormat kepada lawan politik walaupun pandangan berbeza. Dalam Islam, akhlak yang baik adalah tanda kecerdikan, bukan kelemahan. Menjadi pemimpin bukan sekadar memegang jawatan tetapi memikul tanggungjawab moral untuk…










