PETALING JAYA: Empat tokoh akademik antara individu yang dilantik bagi mempengerusikan lima kluster utama dalam Musyawarah Nasional, sebuah platform strategik menghimpunkan pemikiran berkaitan hala tuju masa depan umat Melayu dan negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd. Kashim mengetuai kluster teras agama dengan fokus memperkukuh kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta…










