PERTUBUHAN Kerjasama Islam (OIC) merupakan organisasi antarabangsa kedua terbesar selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sebagai wadah diplomatik utama bagi dunia Islam, OIC memainkan peranan penting dalam menyatukan suara negara-negara Islam berdepan isu-isu kemanusiaan dan keselamatan global. Dalam konteks konflik Palestin, OIC menjadi antara organisasi antarabangsa yang lantang menentang penindasan rejim Zionis. Melalui pelbagai persidangan luar biasa dan kenyataan bersama, OIC mengutuk keras tindakan keganasan, penempatan haram serta pelanggaran hak asasi…










