Nasi kerabu kuning 

Nasi kerabu kuning 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
MENU ikonik Pantai Timur, nasi kerabu sinonim dengan warna biru. Minggu ini, Seri kongsikan versi istimewa yang berwarna kuning.
Walaupun berbeza, ia tetap memikat selera apatah lagi bila dinikmati dengan ulam-ulaman dan lauk-pauk.
BAHAN-BAHAN UTAMA
(Hidangan untuk 5–9 orang)
Nasi
-4 pot beras
-1 batang serai
-2 helai daun pandan (disimpul)
-2 helai daun limau purut
-1 helai daun kunyit (dihiris halus)
-1 sudu kecil serbuk kunyit / 2 sudu besar air kunyit hidup
-Air secukupnya untuk menanak nasi
Sambal kelapa
-5 ekor ikan sardin
-5 ulas bawang merah
-1 inci halia
-½ sudu kecil lada hitam
-1 biji kelapa parut
-1 batang serai
-1 sudu besar gula Melaka (diparut halus)
-Garam dan serbuk perasa secukupnya
Budu tumis (Kuah tumis)
-1 kotak kecil santan pekat (200 gram)
-1 botol kecil budu
-10 ulas bawang merah (dikisar)
-5 tangkai cili kering (direbus dan dikisar)
-1 inci halia (dikisar)
-1 labu bawang besar (dihiris halus)
-4 batang serai (dihiris halus)
-4–5 biji cili padi
-1–2 keping asam keping
-Garam dan gula secukup rasa
Solok lada
-5 ekor ikan sardin
-1 biji bawang Holland / 5 biji bawang merah
-1 inci halia
-½ sudu kecil lada hitam
-½ biji kelapa parut
-2 sudu besar santan
-1 biji limau nipis (diambil airnya)
-10–12 biji cili hijau besar (dibelah dan dibuang biji)
Ulam-ulaman
-5 batang kacang panjang
-1 batang timun
-½ biji kobis
-1 genggam taugeh
-2 tangkai daun kesum
-1 kuntum bunga kantan
-4 helai daun samak / serai kayu
-1 batang serai muda
Sambal belacan
-10 tangkai cili merah / cili padi (mengikut tahap pedas)
-1 sudu kecil belacan
-1 biji limau nipis
-½ sudu kecil gula
-Garam secukup rasa
Bahan sampingan 
(Pilihan)
-Telur masin / telur rebus
-Ikan goreng celup tepung
-Keropok goreng
Cara-cara penyediaan:
Nasi 
-Basuh beras dan masukkan ke dalam periuk nasi.
-Tambah air kunyit, serai, serta daun pandan, kunyit dan limau purut.
-Masak seperti biasa.
Sambal kelapa
-Sangai kelapa parut hingga garing dan perang.
-Rebus ikan sardin, ambil isi dan tumbuk bersama bawang merah, halia dan lada hitam.
-Gaul bahan tumbuk dengan kelapa sangai.
-Masukkan gula Melaka, garam, perasa dan serai hiris.
-Gaul sebati.
Budu tumis 
-Panaskan santan hingga pecah minyak.
-Masukkan bahan kisar dan asam keping, biar mendidih.
-Tuang budu, masukkan bawang besar, serai dan cili padi.
-Masak hingga kuah pekat dan pecah minyak.
Solok lada
-Asingkan isi ikan, tumbuk bersama bawang, halia, lada hitam dan kelapa parut.
-Perah limau nipis, belah cili dan buang biji.
-Sumbat bahan ke dalam cili, susun dalam periuk.
-Tambah santan, tutup periuk dan masak perlahan selama 20 minit.
Ulam-ulaman
-Hiris halus semua bahan ulam seperti kacang panjang, timun, bunga kantan, taugeh, daun kesum, daun samak, serai dan kobis.
-Susun ulam di dalam pinggan hidangan.
Sambal belacan
-Kisar cili bersama belacan hingga lumat.
-Perah limau nipis, tambah gula dan garam.
-Gaul sebati.
Langkah terakhir
-Hidangkan nasi kuning panas dengan sambal kelapa, budu tumis, solok lada dan ulam-ulaman.
-Tambah sambal belacan di tepi.
-Gaulkan semua bahan sebelum makan.
-Enak dinikmati bersama ayam goreng berempah atau daging bakar .
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×