DENGAN sokongan dasar kerajaan serta pengiktirafan industri, pendidikan jarak jauh (PJJ) semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan tinggi Malaysia. Bagi belia Malaysia yang mahu melanjutkan pelajaran tanpa mengorbankan kerjaya atau tanggungjawab keluarga, PJJ menawarkan jalan tengah yang lebih fleksibel berbanding pengajian sepenuh masa di kampus. Jika pengajian tradisional menuntut komitmen penuh di bilik kuliah, PJJ pula membenarkan pembelajaran secara separuh masa yang boleh disusun mengikut kesesuaian individu. Fenomena ini semakin…