Mengangkat semula pesona Bukit Fraser

Mengangkat semula pesona Bukit Fraser

DENGAN iklim sederhana dingin dan keunikan rumah-rumah lama peninggalan British, Fraser Hill menyimpan nilai sejarah dan seni bina yang tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT Fraser, yang terletak di Raub, Pahang, berhampiran sempadan Selangor dan Perak, suatu ketika dahulu merupakan destinasi pelancongan yang sangat popular.

Dengan iklim sederhana dingin dan keunikan rumah-rumah lama peninggalan British, kawasan ini menyimpan nilai sejarah dan seni bina yang tinggi. Namun, kini popularitinya semakin pudar, kecuali pada musim atau waktu tertentu sahaja.

Bagi mengembalikan kegemilangan Bukit Fraser, beberapa usaha wajar dipertimbangkan. Pertama, kerajaan disaran membina jalan baharu dari Raub melalui Bukit Fraser ke Tanjung Malim, Perak.

Jalan ini bukan sahaja menjadi laluan alternatif ke pantai timur dan utara Semenanjung, malah berpotensi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Laluan ini juga boleh merancakkan semula pelancongan ke Bukit Fraser.

Kedua, perancangan bersama antara Kerajaan Pusat, Pahang, dan Selangor perlu dilakukan bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa. Penambahan hotel bajet tidak melebihi lima tingkat harus dirancang secara lestari bagi mengekalkan suhu sejuk.

Kemudahan untuk camper van, karavan dan tapak perkhemahan lengkap dengan kemudahan asas seperti air, elektrik dan tandas moden juga perlu dibangunkan.

Ketiga, jika suhu di Bukit Fraser masih kekal di bawah 20°C secara purata, sebuah taman bunga berskala besar seperti Taman Lavender di Cameron Highlands boleh diwujudkan. Taman ini boleh dilengkapi chalet bergaya seni bina Inggeris dan Melayu, selari dengan identiti ‘Little England’ yang sinonim dengan Bukit Fraser.

Keempat, cadangan jalan baharu ini elok disambungkan dengan jalan sedia ada dari Kuala Kubu Bharu dan direka menyerupai sistem Lingkaran Tengah Utama (LTU).

Namun, sebarang pembinaan harus mengambil kira kelestarian alam sekitar dan kawasan tadahan air Hulu Selangor.

Akhir sekali, Majlis Daerah Raub disaran merangka Rancangan Tempatan Daerah (RTD) yang baharu dengan mengekalkan kehijauan semula jadi, namun mempertingkatkan kemudahan pelancongan secara seimbang.-UTUSAN

TEROPONG DO RE ME
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN