SEBAGAI bekas jurutera elektrik, produk elektrik yang berbahaya untuk pengguna biasanya merujuk kepada barangan yang:
Tidak ikut piawaian keselamatan (SIRIM atau Suruhanjaya Tenaga di Malaysia)
Contoh: Adapter, extension plug, atau pengecas murah tanpa cop SIRIM.
Boleh menyebabkan renjatan elektrik atau kebakaran
Contoh: Extension plug octopus (banyak cabang) yang mudah terbakar.
• Pengecas telefon tiruan (kualiti rendah).
• Pemanas air tanpa ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker).
• Peralatan dengan wayar terdedah / rosak
Mudah panas melampau (overheating)
Contoh: Periuk nasi murah yang tiada kawalan suhu betul.
• Cerek elektrik tanpa auto cut-off.
• Seterika lama tanpa kawalan suhu moden.
Menggunakan bateri lithium-ion yang tidak berkualiti
Contoh:
• Powerbank tiruan.
• Vape / e-rokok murah.
• Mainan elektrik murah yang boleh meletup.
Produk elektrik terpakai / ubah suai sendiri
• Contoh: Barang elektronik lama yang sudah reput, wayar haus, atau dibaiki tidak ikut standard. – UTUSAN
NURUL MOHD.
Jalan Besar, Klang, Selangor










