SAYA ingin mencadangkan satu pendekatan tambahan iaitu melalui pengukuhan peranan Kadet Polis di sekolah. Peranan mereka boleh diperluaskan sebagai rakan sebaya yang membantu mencegah gejala buli. Dengan latihan dan bimbingan yang betul, anggota Kadet Polis boleh menjadi contoh teladan, peka terhadap tanda-tanda awal buli, serta menjadi penghubung antara murid dengan pihak guru atau kaunselor. Apabila murid melihat rakan sebaya mereka sendiri berani bersuara menentang buli, mesej itu lebih mudah diterima.…