MOTOSIKAL sejak sekian lama menjadi sebahagian penting dalam landskap pengangkutan di Malaysia. Bagi penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), motosikal bukan sekadar kemudahan, tetapi sesuatu keperluan. Ia memberikan mobiliti mampu milik dan fleksibel. Namun, kebergantungan ini hadir dengan cabaran. Statistik saban tahun menunjukkan penunggang muda merupakan antara kumpulan paling terdedah kepada kemalangan jalan raya, sering kali disebabkan oleh kurang pengalaman, pengaruh rakan sebaya, serta ketiadaan bimbingan berstruktur. Atas latar inilah,…