Sekolah Sarawak dinobatkan juara kebangsaan VIA Safe

Sekolah Sarawak dinobatkan juara kebangsaan VIA Safe

KEMPEN keselamatan yang diadakan di SJKC Chung Hua Tudan, Miri, Sarawak menggabungkan pelbagai aktiviti pendidikan dengan jangkauan komuniti, termasuk pengucapan awam, pertandingan melukis dan perhimpunan keselamatan jalan raya interaktif.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Memperoleh geran EUR 5,000 (RM26,600) untuk merealisasikan konsep keselamatan jalan raya mereka TotalEnergies, bersama Arus Academy, terus memperkukuh pembelajaran dan kepimpinan murid melalui VIA Safe Mobility, sebuah inisiatif pendidikan global bertujuan menambah baik tahap keselamatan mobiliti bagi golongan muda.

Kini menjelang tahun keempat pelaksanaan di Malaysia, Pasukan Safety Squad dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Tudan, Miri, Sarawak, merupakan Juara Kebangsaan program VIA bagi tahun 2025 atas inisiatif advokasi yang berimpak tinggi serta penglibatan aktif warga sekolah.

Pengarah Jualan TotalEnergies Marketing Malaysia Patricia Law berkata, sebagai pemenang kebangsaan, sekolah tersebut telah menerima geran bernilai EUR 5,000 daripada TotalEnergies untuk melaksanakan dan mempromosikan inisiatif keselamatan jalan raya di persekitaran sekolah mereka.

Penyertaan mereka juga menandakan detik membanggakan bagi Malaysia di peringkat akhir antarabangsa serantau VIA Safe Mobility, di mana mereka bersaing dalam kumpulan bersama juara kebangsaan dari negara India, Iraq, dan Romania sebahagian daripada penglibatan 24 buah negara di bawah program ini.

“Keselamatan adalah nilai tunjang di TotalEnergies, terutamanya bagi komuniti di mana kami beroperasi,” nya katanya

“Program VIA Safe Mobility mencerminkan komitmen kami untuk melengkapkan golongan muda dengan pengetahuan praktikal dan tabiat bertanggungjawab bagi menyokong perjalanan yang lebih selamat setiap hari.

“Kami berharap dapat terus memperkasakan murid untuk membina persekitaran sekolah yang lebih selamat serta menjadi pendorong kepada perubahan positif.” ujarnya.

Sementara itu Pengasas Bersama Arus Academy David Chak, berkata, di Arus Academy, pihaknya percaya bahawa setiap murid dapat belajar dengan baik apabila mereka diberikan peluang untuk menyelesaikan masalah sebenar yang penting bagi mereka.

“Program VIA Safe Mobility merupakan bukti keberkesanan pendekatan ini. Setiap tahun, kami dapat menyaksikan murid mengambil tanggungjawab terhadap projek mereka, mengasah pemikiran kritis , dan bekerjasama demi mobiliti yang lebih selamat.

“Usaha pasukan Safety Squad adalah contoh terbaik bagaimana pembelajaran autentik boleh menghasilkan impak yang bermakna ” ujarnya.

SJKC Chung Hua Tudan yang mempunyai lebih 1,200 murid terletak di pinggir Jalan Pintas Kuala Baram Sarawak yang sesak dan muridnya berdepan dengan risiko keselamatan setiap hari.

Laluan tersebut merupakan antara lima kawasan ‘blackspot’ atau lokasi kerap kemalangan di Miri, menjadikan usaha advokasi keselamatan jalan raya sangat kritikal bagi sekolah ini.

Menyedari hakikat ini, pasukan Safety Squad telah menumpukan projek VIA mereka kepada cabaran mobiliti di sekitar sekolah.

Di bawah bimbingan guru, pasukan yang terdiri daripada 10 orang ahli ini telah melaksanakan audit pemerhatian di kawasan menurunkan penumpang serta zon pejalan kaki bagi mendokumentasikan aliran kenderaan semasa waktu puncak.

Antara cadangan utama yang dikemukakan termasuk pembinaan lintasan pejalan kaki di hadapan sekolah. Selain itu, mereka turut mengenalpasti risiko tingkah laku yang kritikal, khususnya tahap kesedaran keselamatan yang rendah serta penggunaan topi keledar yang usang atau rosak dalam kalangan murid Tahun 1 hingga Tahun 3.

Sebagai langkah susulan, pasukan ini telah mengemukakan permohonan rasmi kepada Majlis Bandaraya Miri (MCC) bagi memohon pembinaan lintasan zebra di hadapan sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN