Laksana kuota jantina lantik wakil rakyat

Laksana kuota jantina lantik wakil rakyat

MALAYSIA perlu segera melaksanakan reformasi sistem pilihan raya bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam badan perundangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
MALAYSIA wajar mencontohi Thailand dan Taiwan, yang mana Parlimen mereka mempunyai kerusi Perwakilan Berkadar Senarai Tertutup (CLPR) dengan kuota jantina yang berjalan seiring dengan sistem kawasan ahli tunggal atas undi terbanyak..
Di peringkat negeri, kerusi lantikan sedia ada seperti di Sabah (6), Pahang (5) dan Terengganu (4) boleh ditukar dengan mudah kepada kerusi tambahan khusus untuk wanita ala CLPR yang diagihkan kepada parti-parti berdasarkan peratus undi First Past the Post (FPTP).
Negeri juga boleh mewujudkan Kerusi Tambahan Khusus untuk wanita (TWOAS) yang menjamin minimum 30 peratus wakil wanita dengan menambah bilangan ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita lantikan secukupnya untuk menutup jurang ke arah sasaran 30 peratus.
Setelah 30 tahun, hanya 30 orang (13.45 peratus) daripada 223 ahli Dewan Rakyat dan 72 orang (11.56 peratus) daripada 623 ADUN adalah wanita.
Perwakilan wanita hanya boleh meningkat sekiranya sebahagian penyandang lelaki digantikan oleh pengganti wanita dalam parti atau ditewaskan oleh calon wanita dari parti lawan.
Namun, dua ciri utama menghalang penggantian penyandang lelaki dengan calon wanita. Pertama, kerana hanya seorang calon dipilih di setiap kawasan, calon wanita sering diketepikan.
Kedua, kerana kemenangan kerusi banyak bergantung pada pengaruh peribadi selain lambang parti, penyandang lelaki yang berpengaruh boleh menggugat, mensabotaj dan menolak usaha parti untuk menyerahkan kerusi mereka kepada calon wanita.
Ciri-ciri ini menjadikan calon perlu menepati ciri-ciri kawasan pilihan raya seperti etnik/subetnik, agama, bahasa, negeri asal, personaliti, isu yang diperjuangkan serta jantina.
Sehubungan itu, kami menyeru semua parti politik mencalonkan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan pilihan raya negeri.
Dalam CLPR, setiap kawasan memilih berbilang calon, parti mengemukakan senarai calon mengikut turutan tetap, pengundi memilih parti dan kerusi diagihkan berdasarkan peratus undi yang diterima parti.
Kuota jantina mudah dilaksanakan dalam CLPR dengan mewajibkan kedudukan tertentu dalam senarai dikhaskan untuk wanita. Contohnya, bagi kuota 50 peratus, calon wanita diletakkan di tangga 1, 3, 5 dan seterusnya.
Calon wanita tidak perlu risau tentang kesesuaian kawasan kerana mereka hanya perlu membantu parti mendapat undi CLPR yang lebih banyak agar lebih ramai calon wanita dapat dipilih.
Dalam CLPR, kebimbangan penyandang lelaki kuat diganti secara sewenang-wenangnya juga dapat dikurangkan. – UTUSAN
PROJEK KESTABILAN & AKAUNTABILITI UNTUK MALAYSIA (PROJEK SAMA)
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN